dcsimg

Pokok Pisang Kipas ( Malay )

provided by wikipedia MS


Pokok Pisang Kipas (bahasa Inggeris: Traveller's Palm) merupakan sejenis pokok yang berasal daripada Madagascar. Pokok ini digelar sebegini kerana ia berbentuk kipas dan daunnya kelihatan seperti daun pisang. Walaupun pokok ini digelar "Traveller's Palm" dalam bahasa Inggeris, ia sebenarnya bukan pokok palma (keluarga Arecaceae) tetapi tergolong dalam famili pisang dalam pengelasan lama dan dalam (Strelitziaceae) bagi pengelasan baru. Pokok ini digelar sedemikian dalam bahasa Inggeris kerana pelepahnya menakung air yang boleh diguna sewaktu kecemasan. Air ini juga pernah dijadikan minuman oleh pengembara pada zaman dahulu.[1]. Satu lagi penjelasan yang mungkin adalah ia tumbuh secara semulajadi dalam kedudukan barat-timur, membentuk kompas kasar.[2] Ravenala madagascariensis merupakan ahli tunggal dalam genus ini dan berkait rapat dengan genus Afrika Selatan Strelitzia dan genus Amerika Selatan Phenakospermum. Sesetengah pengelasan dahulu turut memasukkan genera ini dalam keluarga (Musaceae) pisang. Sungguhpun ia biasanya dianggap spesies tunggal, empat bentuk berbeza telah dibezakan.[3][4]

Tingginya Pokok Pisang Kipas 3 meter hingga 9 meter dan batangnya kukuh. Pelepahnya bertindih-tindih dan keluar dari kiri dan kanan batang dengan daun yang mempunyai tetulang. Pokok ini tidak berbunga kecuali di tempat asalnya kerana perbezaan iklim. Sulur tumbuh daripada bahagian pangkal pokok induk. Akarnya jenis merayap. Pokok ini boleh dijadikan tanaman hiasan.

Galeri

Pokok Pisang Kipas - Ravenala madagascariensis

Gambaran

Bentuk daunnya seperti pendayung terletak pada petiole panjang, dalam bentuk kipas meninjol dalam satu arah. Bunganya putih besar menyerupai saudaranya, the bird-of-paradise flowers Strelitzia reginae dan Strelitzia nicolai, tetapi dianggap secara umum sebagai kurang menarik, dengan bingkai hijau.[5] Dikawasan tropika dan separa tropika, ia sering di tanam bagi rimbunan dan habitatnnya. Ketika pokok semakin tua, daun terendah dan tertua gugur mendedahkan batang kelabu yang kukuh.

Ekologi

Ruffed lemur merupakan pendebunga yang diketahui bagi tumbuhan ini, dan berdasarkan aiz dan struktur inflorescence, dan juga pemilihan lemur, kaedah makan dan muncung panjang, hubungn ini dipercayai berevolosi bersama.[6]

Rujukan

  1. ^ McLendon, Chuck (May 16, 2000). "Ravenala madagascariensis". Floridata.com. Dicapai September 14, 2009.
  2. ^ "Botanical Journeys Plant Guides". www.botanical-journeys-plant-guides.com. 2008-2010. Dicapai Feb 28, 2011}. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ Patrick Blanc, Nelson Rabenandrianina, Annette Hladik, and Claude Marcel Hladik (1999). "Les formes sympatriques et allopatriques du genre Ravenala dans les forêts et les milieux ouverts de l'est de Madagascar". Revue d'Ecologie, Terre et Vie. 54: 201–223.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  4. ^ P. Blanc, A. Hladik, N. Rabenandrianina, J.S. Robert and C.M. Hladik (2003). "Strelitziaceae: The variants of Ravenala in natural and anthropogenic habitats". dalam Goodman, S.M. & Benstead, J. The Natural History of Madagascar (PDF). The University of Chicago Press, Chicago & London. m/s. 472–476.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  5. ^ M. Calley, R. W. Braithwaite and P. G. Ladd (1993). "Reproductive Biology of Ravenala madagascariensis Gmel. as an Alien Species". Biotropica. 25 (1): 61–72.
  6. ^ Garbutt, Nick (2007). Mammals of Madagascar, A Complete Guide. A&C Black Publishers. m/s. 170–175. ISBN 978-0-300-12550-4.

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Travellers Palm.


license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Pokok Pisang Kipas: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS


Pokok Pisang Kipas (bahasa Inggeris: Traveller's Palm) merupakan sejenis pokok yang berasal daripada Madagascar. Pokok ini digelar sebegini kerana ia berbentuk kipas dan daunnya kelihatan seperti daun pisang. Walaupun pokok ini digelar "Traveller's Palm" dalam bahasa Inggeris, ia sebenarnya bukan pokok palma (keluarga Arecaceae) tetapi tergolong dalam famili pisang dalam pengelasan lama dan dalam (Strelitziaceae) bagi pengelasan baru. Pokok ini digelar sedemikian dalam bahasa Inggeris kerana pelepahnya menakung air yang boleh diguna sewaktu kecemasan. Air ini juga pernah dijadikan minuman oleh pengembara pada zaman dahulu.. Satu lagi penjelasan yang mungkin adalah ia tumbuh secara semulajadi dalam kedudukan barat-timur, membentuk kompas kasar. Ravenala madagascariensis merupakan ahli tunggal dalam genus ini dan berkait rapat dengan genus Afrika Selatan Strelitzia dan genus Amerika Selatan Phenakospermum. Sesetengah pengelasan dahulu turut memasukkan genera ini dalam keluarga (Musaceae) pisang. Sungguhpun ia biasanya dianggap spesies tunggal, empat bentuk berbeza telah dibezakan.

Tingginya Pokok Pisang Kipas 3 meter hingga 9 meter dan batangnya kukuh. Pelepahnya bertindih-tindih dan keluar dari kiri dan kanan batang dengan daun yang mempunyai tetulang. Pokok ini tidak berbunga kecuali di tempat asalnya kerana perbezaan iklim. Sulur tumbuh daripada bahagian pangkal pokok induk. Akarnya jenis merayap. Pokok ini boleh dijadikan tanaman hiasan.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS