Terrapene carolina bauri juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Florida ialah subspesies kura-kura dari keluarga Emydidae.
Nama subspesies, bauri, diambil sempena nama herpetologis Georg Baur.[2][3]
T. c. bauri berasal dari Florida, Amerika Syarikat tenggara Georgia.
T.c. bauri boleh dijumpai di kawasan-kawasan berair, seperti paya terbuka, tasik cetek, tetapi ia bukanlah haiwan perenang.[4]
Sama seperti Kura-kura katup lain, kura-kura ini mempunyai cangkerang belakang (karapas) yang tinggi menonjol dan plastron berengsel, membolehkan ia memasukkan kesemua anggota badannya ke dalam cangkerang. Walaubagaimanapun, Kura-kura Katup Florida berbeza berbanding subspesies Terrapene carolina yang lain. Karapasnya mempunyai corak belang-belang kuning yang jelas. Warna pada plastronnya pelbagai dari kuning hinggalah hitam, dengan pelbagai variasi. Kura-kura ini mempunyai kuku dan paruh yang tajam untuk memecahkan cangkerang, mencengkam buah-buahan atau tulang mangsa yang dijadikan makanan.[5] Kura-kura jantan memiliki mata berwarna merah, manakala betina mempunyai mata berwarna kuning.[petikan diperlukan]
Kura-kura Katup Florida boleh dipelihara. Mereka bersifat maserba, menjadikan pelbagai hidupan dan tumbuh-tumbuhan sebagai makanan. Mereka lebih menyukai makanan seperti cacing tanah, cengkerik, belalang, siput, lintah kecil, serta anak tikus. Mereka juga menggemari tumbuh-tumbuhan seperti sawi dan kubis. Buah-buahan seperti tembikai, beri dan apel boleh diberikan dalam kuantiti yang dikawal (sekali atau dua kali seminggu).
Menurut undang-undang (sesetengah negeri) di Amerika Syarikat, hanya seekor kura-kura ini yang boleh dibela. Lebih daripada itu akan dikenakan tindakan undang-undang.[6] Subspesies ini hanya ditemui di Florida, juga dilindungi di pelbagai tempat. Kebanyakan kedai-kedai haiwan di sana menjual anak kura-kura ini.[petikan diperlukan]
Terrapene carolina bauri juga dikenali sebagai Kura-kura Katup Florida ialah subspesies kura-kura dari keluarga Emydidae.