dcsimg

Paramesium ( الملايو )

المقدمة من wikipedia MS

Paramesium ialah protozoa air tawar dalam genus PARAMESIUM, badannya bujur, diliputi membran plasma yang berbulu (silia), berbentuk tetap seperti selipar yang leper dan mempunyai alur ber­bentuk corong untuk makan (mulut).

Paramesium tersebar luas di persekitaran air tawar, dan terutamanya biasa dalam kumbahan. Kini beberapa spesies baru Paramesium telah dijumpai di lautan.

Sesetengah eukaryotes sel tunggal, seperti Paramecium, merupakan contoh pengecualian kepada kod genetik sejagat: dalam sistem terjemahan mereka beberapa codon berbeza dari genetik piwaian.

Fisiologi

Sel menyerupai prolate spheroid,[1] bulat di hadapan dan runcing di belakang. Pellicle adalah kaku tetapi selaput lentur memberikan Paramecium bentuk khususnya. Menyelitupi bahagian luarannya adalah struktur seperti rerambut, dikenali sebagai silia. Pada bahagian sisi, bermula di hadapan dan berterusan separuh jalan, adalah liang oral, yang mengumpulkan makanan sehingga ia di sapu masuk ke mulut sel. Terdapat bukaan pada bahagian belakang yang dikenali sebagai liang dubur ("anal pore"). Vakuol contractile dan salurannya yang tersebar, dirujuk sebelumnya sebagai pengosmokawalaturan organisma, juga terdapat di luar Paramesium. Paramesium biasanya dikelirukan dengan Blepharisma.

Paramecium mengandungi sitoplasma, trichocyst, tekak, vakuol makanan, makronukleus, dan mikronukleus. Ia juga memiliki vakuol mengecut yang menyingkirkan air agar sel tidak pecah kerana air yang berlebihan yang bebas memasuki selaput disebabkan oleh sifat separa telap selaput.

Pergerakan

Silia merupakan struktur pergerakan lokomotif Paramecium. Agar Paramecium boleh bergerak ke hadapan, silianya bergerak menurut rentak pada sudut 120 darjah, ke belakang secara serentak (iaitu, cilium mengeliat dari hujung ke pangkal). Ini bererti bahawa Paramecium bergerak dengan sulur melalui air di paksi yang maya. Paramecium juga boleh bergerak ke belakang apabila silia mengepuk ke hadapan pada sudut dengan serentak.

Sekiranya Paramecium melanggar halangan ia mengundur, belok sedikit dan bergerak ke hadapan lagi. Jika ia kembali melanggar objek pepejal sekali lagi, ia akan mengulangi proses ini sehingga ia melepasi objek tersebut.

Mengumpul makanan

Paramecia makan organisma mikro seperti bakteria, alga, dan yis. Untuk mengumpulkan makanannya, Paramecium menggunakan cilianya bagi menyapu makanannya sepanjang bersama air ke dalam mulut sel selepas ia jatuh ke dalam liang tekak ("oral groove"). Makanan masuk melalui mulut sel kedalam perutnya. Apabila makanan yang mencukupi telah terkumpul di pangkal tekak, ia membentuk satu vakuol makanan dalam sitoplasma, dan bergerak melalui sel itu, melalui bahagian belakang terlebih dahulu. Ketika ia bergerak, enzim daripada sitoplasma memasuki vakuol untuk mencerna kandungan, nutrien yang dicerna kemudian memasuki sitoplasma, dan vakuol mengecut. Apabila vakuol sampai ke liang dubur, ia pecah, menyingkirkan sisa kandungan kepada bahagian luar.

Simbiosis

Salah satu hubungan simbiotik yang paling menarik yang diketahui ialah Paramecium aurelia dan bakteria endosymbionts. Lihat juga Chlorella simbiosis dengan Paramecium bursaria.

Genom

Genom Paramecium telah dijujukkan (spesies: Paramecium tetraurelia), memberi bukti bagi salinan tiga pertindihan keseluruhan genom.[2]

Bagi sesetengah ciliates, seperti Stylonychia dan Paramecium, hanya UGA dinyahkod sebagai codon henti, sementara UAG dan UAA diatur kembali sebagai codon deria.[3]

Belajar

Persoalan mengenai samaada paramecia memaparkan pembelajaran telah menjadi objek banyak ujikaji, menghasilkan keputusan yang bercampur-campur. Dalam salah satu ujikaji paling terkini yang diterbitkan,[4] pengarang, dengan menggunakan voltan sebagai penggalak, menyimpulkan bahawa Paramecium mampu membezakan antara tahap keterangan yang berbeza.

Rujukan

  1. ^ O. F. Muller
  2. ^ Aury JM, Jaillon O, Duret L; dll. (2006). "Global trends of whole-genome duplications revealed by the ciliate Paramecium tetraurelia". Nature. 444 (7116): 171–8. doi:10.1038/nature05230. PMID 17086204. Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)Selenggaraan CS1: Penggunaan eksplisit et al. (link) Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  3. ^ Lekomtsev S, Kolosov P, Bidou L, Frolova L, Rousset JP, Kisselev L (2007). "Different modes of stop codon restriction by the Stylonychia and Paramecium eRF1 translation termination factors". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 104 (26): 10824–9. doi:10.1073/pnas.0703887104. PMC 1904165Boleh dicapai secara percuma. PMID 17573528. Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  4. ^ Armus, H.L., Montgomery, A.R., Jellison, J.L. (Fall 2006). "Discrimination Learning in Paramecia (P. caudatum)". Psychological Record. 56 (4): 489–498. Diarkibkan daripada asal pada 2008-04-13.Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)

Pautan luar


ترخيص
cc-by-sa-3.0
حقوق النشر
Pengarang dan editor Wikipedia
النص الأصلي
زيارة المصدر
موقع الشريك
wikipedia MS

Paramesium: Brief Summary ( الملايو )

المقدمة من wikipedia MS

Paramesium ialah protozoa air tawar dalam genus PARAMESIUM, badannya bujur, diliputi membran plasma yang berbulu (silia), berbentuk tetap seperti selipar yang leper dan mempunyai alur ber­bentuk corong untuk makan (mulut).

Paramesium tersebar luas di persekitaran air tawar, dan terutamanya biasa dalam kumbahan. Kini beberapa spesies baru Paramesium telah dijumpai di lautan.

Sesetengah eukaryotes sel tunggal, seperti Paramecium, merupakan contoh pengecualian kepada kod genetik sejagat: dalam sistem terjemahan mereka beberapa codon berbeza dari genetik piwaian.

ترخيص
cc-by-sa-3.0
حقوق النشر
Pengarang dan editor Wikipedia
النص الأصلي
زيارة المصدر
موقع الشريك
wikipedia MS