dcsimg

Buah letup ( الملايو )

المقدمة من wikipedia MS
Untuk rangka kerja perisian, sila lihat Physalis (perisian). Untuk sut mudah alih daripada Mobile Suit Gundam 0083: Stardust Memory, sila lihat Gundam Development Project.

Buah letup atau physalis (/[invalid input: 'icon']ˈfsəlɪs/, kadangkala /fˈslɪs/)[2] ialah sebuah tumbuhan berbunga genus dalam famili nightshade (Solanaceae). Genus ini dikenali dengan ciri buah jingga kecil tak ubah tomato, namun terlindung atau semiterlindung dalam kulit kekertas besar yang berasal daripada kaliks. Banyak spesies Physalis dipanggil groundcherry.[3] Satu nama bagi Physalis peruviana ialah Cape Gooseberry, jangan dikelirukan dengan gooseberry benar, yang berada dalam genus Ribes dalam famili Grossulariaceae.

Pokok ini merupakan tumbuhan herba yang tumbuh 0.4–3 m tinggi, serupa dengan tomato biasa - saudaranya - namun lazimnya dengan batang yang lebih tegar dan tegak; ia boleh jadi pokok tahunan atau saka. Kebanyakannya memerlukan matahari penuh dan suhu hangat hingga panas. Sesetengah spesies sensitif terhadap fros, walaupun yang lain seperti P. alkekengi (tanglung) tahan sejuk dahsyat ketika dorman pada musim sejuk.

Penanaman dan kegunaan

 src=
Buah Cape Gooseberry bersama sekam

Pokok ini tumbuh dalam kebanyakan jenis tanah dan dapat tumbuh elok dalam tanah tidak subur dan pasu. Ia memerlukan banyak air semasa tahun pertumbuhan, hingga mencapai waktu buah masak. Pokok ini terdedah kepada banyak penyakit dan perosak tomato biasa; perosak lain seperti afid, lalat putih, hamama lelabah, dan kumbang Leptinotarsa juncta juga menyerangnya. Pembiakan ialah melalui biji benih.

Spesies terpilih

 src=
Thick-leaved Groundcherry
Physalis crassifolia
 src=
Strawberry Groundcherry
Physalis pruinosa

Sebelum ini dikategorikan sebagai buah letup

Nota kaki

  1. ^ a b "Genus: Physalis L". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 2009-09-01. Dicapai 2010-04-14.
  2. ^ Oxford English Dictionary online, http://dictionary.oed.com/cgi/entry/50178256
  3. ^ a b "Physalis". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai 2011-05-21.
  4. ^ English and Mexican name. Refers to small tomato cultivars elsewhere.
  5. ^ a b c "GRIN Species Records of Physalis". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. Dicapai 2011-05-21.

Rujukan

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Buah letup Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Buah letup
ترخيص
cc-by-sa-3.0
حقوق النشر
Pengarang dan editor Wikipedia
النص الأصلي
زيارة المصدر
موقع الشريك
wikipedia MS

Buah letup: Brief Summary ( الملايو )

المقدمة من wikipedia MS
Untuk rangka kerja perisian, sila lihat Physalis (perisian). Untuk sut mudah alih daripada Mobile Suit Gundam 0083: Stardust Memory, sila lihat Gundam Development Project.

Buah letup atau physalis (/[invalid input: 'icon']ˈfaɪsəlɪs/, kadangkala /faɪˈseɪlɪs/) ialah sebuah tumbuhan berbunga genus dalam famili nightshade (Solanaceae). Genus ini dikenali dengan ciri buah jingga kecil tak ubah tomato, namun terlindung atau semiterlindung dalam kulit kekertas besar yang berasal daripada kaliks. Banyak spesies Physalis dipanggil groundcherry. Satu nama bagi Physalis peruviana ialah Cape Gooseberry, jangan dikelirukan dengan gooseberry benar, yang berada dalam genus Ribes dalam famili Grossulariaceae.